Wednesday, October 27, 2010

Underground MyVi Crew - Layan Bowling



Pada 15/10/10 bertempat di Bangi Bowl, Salak Selatan, Underground MyVi Crea telah mengadakan aktiviti riadah yang pertama selepas ditubuhkan. Aktiviti ini dijalankan bertujuan untuk semua ahli bersua muka, serta dapat mengeratkan Silaturrahim antara sesama ahli. Seramai 12 orang ahli hadir untuk aktiviti tersebut. Bermula pada Jam 10.00pm dan tamat pada jam 11.15pm. Kemudian kami semua telah bergerak menuju ke kedai makan untuk menjamu selera setelah penat bermain..

Underground MyVi Crew - Surprise Celebrate Birthday Fuad


Pada 22/10/10 Bertempat Di Taman Dagang, Underground MyVi Crew (UMC) Telah Membuat Kejutan Menyambut Ulangtahun Kelahiran Untuk Ahlinya, UMC - 15 / Fuad. Seramai 13 orang ahlinya telah hadir.
Acara dimulakan dengan borak-borak sesama ahli sementara menunggu masa yang sesuai untuk 'kek' dibawa masuk kedalam kedai untuk diletakkan dihadapan Fuad...

Serba Sedikit Maklumat Berkaitan UNDERGROUND MYVi CREW



Diilhamkan Oleh Semua Rakan-rakan Seperjuangan. Nama UNDERGROUND MYVi CREW dipilih dari cetusan idea kami semua. Namanya mungkin agak ganas. Namun semua ahlinya tidaklah ganas pun. Nilai Persahabatan diutamakan kepada semua ahli. Ditubuhkan pada mulanya dengan nama "UNDERGROUND" oleh 5 orang yang mencetuskan ideanya pada 01/08/10. Dan telah ditubuhkan secara rasmi Pada 10/10/10 dengan nama "UNDERGROUND MYVi CREW" setelah perbincangan dilakukan di Dataran  Merdeka.