Saturday, November 20, 2010

FORUM RASMI Underground MyVi Crew (UMC)



Sila Kunjungi Laman Forum Rasmi UMC Untuk Mengetahui maklumat lebih lanjut berkaitan Underground MyVi Crew (UMC) di http://s4.zetaboards.com/UndergroundMyviCrew/site/

FaceBook Rasmi UMC http://www.facebook.com/pages/Underground-MyVi-Crew/147033468674491

UMC BERIADAH DI PORT DICKSON



Pada 13/11/10 UMC telah mengadakan UMCT Beriadah, BBQ & Konvoi Ke Port Dickson, Negeri 9.

Jam 0830am - 9.00am semua Crew yg menyertai aktiviti tersebut berkumpul Di CP Stesen Minyak Shell Tol Sg Besi.
Setelah semua Crew tiba, sesi taklimat telah diadakan sebelum memulakan perjalanan & telah disampaikan oleh Pilot 'Wan Monster'.
Setelah selesai taklimat, Jam 9.15am Perjalanan dimulakan untuk menuju ke R&R Seremban.
Lebih kurang Jam 9.45am Konvoi Tiba di R&R Seremban Untuk Semua Crew Mengisi Perut Yg Kosong Kerana semua belum bersarapan..

Perjalanan Diteruskan untuk menuju Ke destinasi 'Port Dickson' pada Jam 10.15 yg telah diketuai oleh 'Along' dengan RX8 beliau.
Setelah 45minit perjalanan konvoi selamat tiba ke destinasi yg dituju. Konvoi bergerak lancar sepanjang perjalanan, Syukur Alhamdulillah..
Maka semua kenderaan ditempatkan dengan kemas kerana orang x ramai. Dapat la 'Parking' yg menarik...
Bermulalah aktiviti menyiapkan tempat BBQ, pasang khemah 5 biji , bentang tikar dll. Dapat 'Port' pun memg sesuai & cantik...
Acara BBQ bermuala setelah api berjaya dihidupkan...
2 tempat Bakar disediakan.. 1 group uruskan sosej yg diketuai oleh Wan Monster & 1 group lg uruskn ayam & otak2 yg ketuanya ialah Mell.
Masa diambil selama 2jam untuk menyelesaikan acara BBQ tu sebelum semua Crew memulakan Acara 'Layan Air Pantai La 'Pulak'.

Setelah kenyang menjamu selera & menunaikan solat Zohor, maka bermulalah acara yg dinantikan..
Memang dah teringin Nak naik Banana Bots. Apa lagi, layan... Jauh gak la 'abg driver bot' tu bawa kami semua. Pasal bayar RM15 seorang, so jauh la dia bawa bersiar2 disekitar Pantai Teluk Kemang tu.. Memang best... 4 kali dia buat bagi kami jatuh dari bot tu.. Memang pengalaman yg menyeronokkan..
Lepas layan Banana Bots, Layan pulak 'Jet Ski' (betul ke ejaan tu?).. Sewa 2 jam, so main la bergilir2 sampai habis tempoh sewanya.. Along & Mell yg mula dulu naik Jet Ski tu.. Memang puas la crew dapat lenjan Jet Ski tu..

Selesai aktiviti pantai, Semua Crew naik untuk menjamu selera lagi pasal letih bermain air laut yg masin tu...
Seterusnya, mandi bersihkan diri, solat asar, mengemas barang2, bersihkan kawasan & aktiviti bergambar Kenangan sebelum bergerak pulang... Kepada Crew yg balik awal, jgn sedih ye pasal x dapat join bergambar.. hehehe
Jam 06.30pm, konvoi bergerak pulang menuju ke KL.

Jam 7.15pm konvoi berhenti di R&R Seremban untuk Solat Maghrib & Makan malam sebelum pulang ke KL..
Setelah selesai makan, Aktiviti bebas bermula. Ada Crew yg bergerak balik ke kg halaman untuk menyambut Raya Aidiladha di kg.
Ada juga yg masih bersantai di R&R utk. Dan ada juga yg terus balik ke KL..

Syukur & Terima Kasih Kepada Allah S.W.T kerana telah memberi kami Rahmat untuk melaksanakan Aktiviti Rasmi Yg Pertama Untuk UMC dengan lancar dan jayanya.
Terima Kasih diucapkan kepada semua kerana telah meluangkan masa & bekerjasama untuk menjayakan aktiviti tersebut...
Saya mewakili pihak 'Pengurusan UMC' memohon ampun maaf sekiranya terdapat kekurangan & kesilapan pada aktiviti tersebut.

Sekian Laporan Dari Saya Budak baru belajar, SYMP : Pojie / UMC-07

Senarai Yg Hadir:-

1. Mell & Eyda
2. Wan Monster
3. Dantez
4. Seez
5. Wan Boyz
6. Pojie & Family
7. Aneps
8. Mie Secret & Strawbery
9. Fuad
10. Eddy (Najib)
11. Black
12. EasyRide & Family
13. Caissa & Family
14. Bobby
15. SayeSarah
16. Yed
17. Along
* Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan UMC, sila Kunjungi Forum Rasmi UMC iaitu http://www.undergroundmyvicrew.com/

Wednesday, October 27, 2010

Underground MyVi Crew - Layan Bowling



Pada 15/10/10 bertempat di Bangi Bowl, Salak Selatan, Underground MyVi Crea telah mengadakan aktiviti riadah yang pertama selepas ditubuhkan. Aktiviti ini dijalankan bertujuan untuk semua ahli bersua muka, serta dapat mengeratkan Silaturrahim antara sesama ahli. Seramai 12 orang ahli hadir untuk aktiviti tersebut. Bermula pada Jam 10.00pm dan tamat pada jam 11.15pm. Kemudian kami semua telah bergerak menuju ke kedai makan untuk menjamu selera setelah penat bermain..

Underground MyVi Crew - Surprise Celebrate Birthday Fuad


Pada 22/10/10 Bertempat Di Taman Dagang, Underground MyVi Crew (UMC) Telah Membuat Kejutan Menyambut Ulangtahun Kelahiran Untuk Ahlinya, UMC - 15 / Fuad. Seramai 13 orang ahlinya telah hadir.
Acara dimulakan dengan borak-borak sesama ahli sementara menunggu masa yang sesuai untuk 'kek' dibawa masuk kedalam kedai untuk diletakkan dihadapan Fuad...

Serba Sedikit Maklumat Berkaitan UNDERGROUND MYVi CREW



Diilhamkan Oleh Semua Rakan-rakan Seperjuangan. Nama UNDERGROUND MYVi CREW dipilih dari cetusan idea kami semua. Namanya mungkin agak ganas. Namun semua ahlinya tidaklah ganas pun. Nilai Persahabatan diutamakan kepada semua ahli. Ditubuhkan pada mulanya dengan nama "UNDERGROUND" oleh 5 orang yang mencetuskan ideanya pada 01/08/10. Dan telah ditubuhkan secara rasmi Pada 10/10/10 dengan nama "UNDERGROUND MYVi CREW" setelah perbincangan dilakukan di Dataran  Merdeka.